Philips Introduces a New Line of Advanced Skincare Tools for Women

Philips empowers women through their beauty regime with the new Philips skincare range 

Petaling Jaya, Malaysia – Feeling beautiful – which takes time, money and effort – is a constant pursuit for most women. In fact, recent research by Philips found that the average woman spends about 32 minutes a day on her beauty routine, and about nine percent of her net income on hair and beauty products monthly.

Continue reading Philips Introduces a New Line of Advanced Skincare Tools for Women

Adibah Lancar Lagu Duet Bersama Kawan Baik

Adibah Noor lancar single terbaru duet bersama kawan baik
 
Lagu Bahasa Rindu yang  berkisarkan persahabatan merupakan single terbaru penyanyi yang pernah popular dengan lagu, Terlalu Istimewa Adibah Noor duet bersama kawan baiknya, penyanyi Nizam Din.
Lagu terbaru ini menceritakan mengenai persahabatan yang tidak bertemu setiap hari namun sering ada bila diperlukan.Mungkin ini kisah mengenai persahabatan Adibah dan Nizam yang telah terjalin sejak Adibah berusia 16 tahun.
Nizam yang juga merupakan juara Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1996,sememangnya sering menjadi rakan duet Adibah di beberapa acara serta turut popular dengan lagu ‘Biar’.
“Nizam akan selalu peka apa yang terjadi pada saya dan bila berjumpa dia tidak perlu berkata banyak. Cuma berkata ‘saya tahu apa yang berlaku’” kata Adibah ketika bercerita mengenai idea untuk menghasilkan lagu duet ini diperlancaran single terbarunya itu di Ben’s, Bangsar Shopping Centre, pada Selasa.
Berbekalkan dengan cerita itu, Azlan Abu Hassan telah menggubah sebuah melodi indah bagi menggambarkan kerinduan sahabat yang berjauhan ini dan liriknya oleh Opie Sofea.
Adibah yang juga merupakan pengacara program ‘Bintang Mencari Bintang’ serta penyampai radio Sinar FM ini turut mengabadikan single terbarunya itu di dalam sebuah muzik video yang penggambarannya dijalankan di beberapa buah negara Eropah antaranya Jerman, Itali, Perancis dan Sweden. – AstroAwani